Tips bermusafir dengan anak kecil

Assalamualaikum..

Bermusafir dengan anak kecil (travelling with kids), sememangnya bukan sesuatu yang kita boleh ambil mudah. Terutamanya jika kita merupakan ibu bapa yang sangat mementingkan kebajikan anak serta keselesaan orang sekeliling kita.

Alhamdulilah, mama berpeluang bermusafir ke negara orang dengan anak-anak kecil berusia 3 dan 5 tahun. Persediaan yang mama lakukan bermula lebih kurang sebulan sebelum bermusafir. Mama cedok tips dari beberapa blog lain, harap boleh membantu ibubapa lain.

Seminggu sebelum bermusafir
1. Sediakan list barang yang perlu dibawa. Mama sediakan  sebulan sebelum. Senarai mestilah lengkap, dari pakaian harian, pakaian sejuk (jika perlu), kasut, selipar, permainan, lampin, susu, botol susu, sabun bayi dan sebagainya.
2. Letakkan satu beg besar di sudut bilik, dan letakkan semua barang yang dalam senarai, dan tandakan pada senarai tersebut. Tak perlu susun ke dalam beg tu lagi. Cuma pastikan tanda dalam senarai tu untuk pastikan anda dah sediakan barangan yang perlu.
3. Beli barang yang tidak mencukupi.
4. Jangan bawa terlalu banyak pakaian. Jika ada kemudahan mencuci pakaian, cukup bawa untuk 3-4 hari.
5. Jika lampin pakai buang boleh didapati dengan mudah di tempat yang hendak dilawati, tak perlu bawa banyak lampin. Begitu juga susu formula. Bawa sekadar 3-4 hari.
6. Jangan lupa suplemen dan ubat2 yang perlu dibawa.

Sehari sebelum bermusafir
1. Lipat, dan susun semua barang ke dalam beg.
2. Sediakan beg kecil berisi sepersalinan pakaian ibu dan anak. Ini penting bagi memudahkan sekiranya perlu bersalin pakaian di pertengahan perjalanan.
3. Periksa senarai sekali lagi. Jangan ada yang tertinggal pula.

Pada hari bermusafir
1. Mulakan dengan solat sunat supaya perjalanan dilindungi Allah. Berdoa supaya anak selesa sepanjang perjalanan dan tidak banyak karenah.
2. Jika perjalanan jauh dan memakan masa yang lama, sila beritahu pada anak. Lebih lagi Ini penting kerana anak kecil tidak mampu bertahan lama dalam perjalanan. Mama seringkali ingatkan anak, "Perjalanan ni ambil masa lama, jadi mungkin akan rasa penat sikit. Kalau letih, kakak tidur ye. Jangan menangis.. kakak kan kuat?". Hatta perjalanan selama 30 minit pun terasa lama baginya yang berusia 5 tahun. Jangan fikir, anak tak faham pesanan kita. Bayi lagi, kita boleh pesan...
3. Sediakan permainan yang boleh dimain sepanjang perjalanan. Selalunya, mama sediakan pendrive yang disimpan lagu2 kanak2, selawat dan zikir. Ia sangat sesuai untuk perjalanan berkereta, dan anak-anak suka menyanyi. Jika menaiki kapal terbang atau bas, terpaksa fikirkan cara lain. Kita tidak mahu keselesaan penumpang lain terganggu. Bawa permainan yang tidak bising, dan tidak terlalu besar.
4. Mama selalu akan pastikan mengambil suplemen yang cukup supaya mama kekal cergas dan tenang sepanjang perjalanan. Antara suplemen yang wajib mama ambil; * B-Complex - supaya karenah anak tidak menyebabkan mama cepat marah
* ESP - supaya mama sentiasa bertenaga, apatah lagi jika perlu memandu
* Cinch tea - supaya tidak mengantuk semasa memandu





Alhamdulillah... Lain kali mama kongsikan senarai semak untuk bermusafir ( check list for travelling with kids ). 
Tunggu entry seterusnya ya!

Popular Posts