Suplement bukan ubat
Assalamualaikum.. Salam 1 Rejab.
Coretan pagi ni ditulis dalam keretapi menghala ke universiti. Alhamdulillah ada tempat duduk, dapat juga Mama duduk mencoret sedikit dalam blog pagi ni. Bila dah lama tak menulis santai dalam blog, agak kekok rasanya.
Mama nak cerita sikit, tentang suplemen, bukan ubat. Kadang-kadang, Mama terima persoalan seperti, "saya sakit itu, apa ubat shaklee ada?". Seringkali Mama terdiam terima soalan seperti itu. Shaklee ni, suplemen. Bukannya ubat. Tapi, dengan suplemen yang cukup, dapat mencukupkan nutrisi yang tak cukup dalam tubuh, yang mungkin menyebabkan kesakitan itu dan ini.
Contohnya, dulu Mama sering sahaja diserang gastrik. Kalau anda biasa dengan penyakit gastrik ni, memang susah hendak dijangka. Dia datang dengan cepat, tapi lambat nak sembuh. Gastrik bukan sahaja menyebabkan pedih perut, pedih ulu hati.. Malah gastrik boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk, dikategori pula sebagai migrain. Bila Mama jumpa doktor, ubatnya hanyalah cecair magnesium yang rasa macam pudina tu. Mama boleh beli sendiri gaviscon dipasaraya...
Doktor pernah beritahu Mama, gastrik ni kebanyakannya adalah disebabkan oleh STRESS. Jauhi stress, gastrik akan hilang. TETAPI, bagaimana nak jauhi stress dalam keadaan kerja dan tanggungjawab yang menimbun?
Sejak Mama diperkenalkan dengan vitamin B-Complex Shaklee, masalah Mama alhamdulillah selesai. Ia sangan membantu mengawal stress, dalam keadaan kita tak perlu susah payah. Kini, mama jarang diserang gastrik. Gaviscon yang ada pun, sampai expired tak habis guna.
Eh dah panjang pula menulis. Keretapi pun dah sampai. Jumpa lagi dalam coretan lain..
Kalau nak tahu cara makan vitamin Shaklee untuk tangani stress, jangan malu-malu SMS @ whatsapp 0136206202. Walaupun Mama di perantauan ketika ini, InsyaAllah Mama boleh bantu. Semua di hujung jari anda.
Salam ceria. Assalamualaikum..
Comments
Post a Comment