Musim sejuk dan Omega Guard
Assalamualaikum..
Sebenarnya sekarang sedang musim bunga di Jepun. Tetapi, suhu masih rendah. Bagi anak melayu macam mama, suhu 12°C rasa macam musim sejuk. Begitu juga dengan anak-anak mama. Walaupun mereka seronok dengan suhu sejuk, tubuh mereka tetap anak melayu.
Acapkali, mereka terkena selsema dan batuk. Mungkin juga kerana angin sejuk di bumi sakura ni. Mujur saja mama sudah bersiap sedia untuk tempoh ini.
Omega Guard, yang sememangnya menjadi kegemaran anak-anak. Mama berikan setiap hari. Malah, mama juga amalkan untuk pastikan badan kekal panas dan tidak mudah terkena penyakit. Terutamanya batuk akibat sejuk dada.
Pada awal ketibaan kami di sini, mama tak makan omega guard sebab asyik memikirkan anak-anak. Terlupa yang diri sendiri juga harus dilindungi.Setelah terkena baru teringat. Sejak itu mama amalkan 3biji omega setiap pagi. Berjalan kaki dalam cuaca sejuk, alhamdulillah. Allah telah bantu mama menangani kehidupan di Jepun, dengan memperkenalkan mama dengan suplemen hebat seperti Shaklee.
Oh ya! Mama ada misi baru di samping mengambil Omega untuk kesihatan, mama juga mengimpikan tubuh langsing seperti zaman anak dara dulu. Disebabkan omega sememangnya baik untuk membakar lemak-lemak berlebihan ini, mama harap, mama dapat pulang beraya dengan imej langsing. :)