Kenali anak anda..
Assalamualaikum..
Mama hari ni nak kongsikan sedikit cerita tentang kenali anak. Kenali anak dalam usaha memberi makanan yang sewajarnya untuk anak. Sebenarnya, sangat penting untuk kita kenali anak kita sebelum sewenang-wenangnya menyumbat makanan dan juga suplemen ke mulut anak.
Pertama sekali, kita harus kenali anak dari segi umurnya. Ada beberapa kategori anak: bayi, kanak-kanak kecil, kanak-kanak besar, remaja dan seterusnya dewasa. Tapi, untuk anak dewasa, tak perlu lah Mama ceritakan. Sebab anak dewasa sudah punya kemampuan untuk membuat keputusan tentang apa yang hendak dan harus dimakan. :)
Bayi, biasanya kita kelaskan anak sedari lahirnya sehingga usia 2 tahun. Di sini Mama hendak bahagikan lagi kategori bayi.
Bayi dari usia 0-6 bulan, masih sangat rapuh. Sistem penghadaman mereka masih sangat mentah. Sebaiknya hanya berikan susu ibu buat mereka. Jika anda ada masalah menyusukan anak - susu tidak cukup, puting terbalik, atau sebagainya, silalah cari penyelesaian kepada masalah. SEBELUM anda memberi susu formula kepada bayi anda. Susu tidak cukup adalah alasan paling popular daripada ibu-ibu muda. Mama akan ulaskan situasi susu tidak cukup pada lain entry ya. Panjang kisahnya.. Kesimpulannya, untuk bayi 0-6 bulan, tiada suplemen yang sesuai. Jika mahu beri suplemen juga, si ibu harus ambil suplemen tersebut dan insyaAllah anak akan dapat khasiatnya.
Bayi 6-12 bulan adalah kumpulan kedua yang Mama nak sentuh hari ni. Pada usia ini, anda haruslah perkenalkan sedikit demi sedikit makanan pejal kepada anak anda. Jangan terus berikan daging panggang pula. Mulakan denga buah-buahan yang dijadikan puri, atau bubur nasi kosong yang sangat halus. Beri peluang perut anak untuk mengenali makanan pejal yang bertekstur halus. Kemudian boleh diperkenalkan dengan tekstur yang kasar sedikit. Apa?? Nak beri suplemen pada anak? Kenapa? Kurang selera makan? Di sini lah kebanyakan ibu muda membuat kesilapan. Ibu-ibu, perut anak kita belum boleh terima suplemen seawal usia ni. Kenalkan dulu dengan makanan biasa. Anak memang belum pandai terima makanan, jadi mungkin akan memilih makanan. Pujuk sahaja dengan apa jua cara. InsyaAllah anak kita ok. Dan sebaiknya teruskan menyusukan anak dalam tempoh ini..
Eh, macam dah panjang lebar pula ceritanya. Lain kali kita sambung alkisah kenali anak, ya?
Assalamualaikum...