TIPS Didik Anak Dengar Kata
Seringkali kita tertanya-tanya, kenapa anak tak mahu dengar kata? Kenapa anak buat perangai yang kita tak suka? Kenapa anak tak mahu buat apa yang kita suka? Persoalan ini sememangnya sering mengganggu benak fikiran ibu dan ayah. Terdapat beberapa tips, bagi membentuk kelakuan anak ke arah kelakuan yang kita senangi. Tapi, sebelum nak gunakan tips ni, sangat penting kita bentuk hubungan yang positif antara ibu ayah dan anak. Untuk memperbaiki kelakuan buruk, hendaklah tumpukan seluruh tenaga untuk membentuk kelakuan baik. Contoh: anak suka menggigit budak lain. Apakah respon ibu ayah? Respon biasa: Ibu ayah akan marah anak. Ibu berleter tentang tak baik menggigit orang lain. Ayah mungkin ambil rotan. Respon positif: Ibu ayah tarik nafas dalam-dalam, kawal marah. Tegur beritahu kelakuan tu tak baik, jangan membebel. Simpan tenaga tu. Apabila anak bermain dengan baik, puji perangai yang baik. "Bagus ya anak ibu, main bersama kawan dengan baik." Tumpukan seluruh tenaga kep