Reusable nappy (lampin pakai semula), sangat mudah untuk digunakan!
Assalamualaikum.. Hari ni, terima bungkusan lampin yang ditempah atas talian 2 hari lepas. Saya suka sangat guna lampin kain (cloth nappy) ni. Semua ni bermula tiga bulan lepas, ketika Iman berusia 5 bulan lebih. Saya terasa sangat membazir ketika membuang lampin pakai buang ke dalam tong sampah, apabila Iman kena cirit birit. Betapa banyak wang saya dah bazirkan ketika menggunakan lampin pakai buang. Pada masa yang sama, kita telah banyak mengakibatkan kerosakan pada muka bumi, kerana di dalam lampin pakai buang, terdapat pelbagai bahan yang tidak luput apabila dibuang.
Jadi, saya cuba cari maklumat tentang lampin pakai semula (reusable nappy). Seiring dengan perkembangan teknologi, rupanya sistem pengurusan lampin pakai semula ni, tidak lah sesusah yang disangka. Bukan seperti zaman datuk moyang kita yang perlu menyental lampin. Semua boleh dilakukan dengan mesin basuh. Malah, saya tidak perlu cuci lampin setiap hari. Saya boleh pilih untuk cuci 2-3 hari sekali. Busuk?? Tak sama sekali, sebab saya gunakan essential oil untuk atasi masalah itu.
Sejak saya laburkan sedikit wang untuk beli lampin pakai semula ni, saya sudah tidak lagi membeli diaper di pasaraya. Bayangkan berapa banyak wang yang dapat saya jimat?
Ditambah dengan kuasa internet, saya boleh pilih untuk beli keperluan saya dari kedai yang jual lampin dengan harga paling murah. Semua dihantar ke muka pintu. 😊
Comments
Post a Comment