Bulan ramadhan tiba lagi, Alhamdulillah diberi peluang bersamanya tahun ini. Biasanya satu masalah yang dihadapi para Muslimin sepanjang ramadhan, adalah mengantuk di siang hari. Manakan tidak, jadual tidur sudah terganggu, dek kerana semua ibadah yang nak kita kerjakan bulan ini. Rugilah, kalau tak rebut peluang dan ganjaran besar yang Allah berikan ni, kan?
Antara tips yang boleh kita amalkan untuk menangani masalah ni, jom kita cuba beberapa langkah ni. InsyaAllah, lebih bermakna ramadhan kita tahun ni.
Pengurusan Waktu Tidur (Sleep Management)
Disebabkan jadual tidur kita dah berubah, apa kata kita uruskan waktu tidur kita dengan lebih baik kali ni. Antara tips yang boleh membantu:
1. Tidur awal. Seeloknya jangan berjaga terlalu lewat, dengan alasan hendak buat kuih raya dan sebagainya. Badan anda perlukan tidur untuk rehat, supaya mampu berpuasa dengan baik esok harinya.
2. Bangun awal pagi. Masa ni sangat baik untuk solat tahajud, mengaji al-quran, dan macam-macam ibadah lagi.
3. Jangan tidur lepas Subuh. Perkara ni, perlu dipertimbangkan juga. Jika anda di Malaysia, masih boleh praktik. Jika berpuasa di negara lain, keadaannya mungkin berbeza. Contohnya, berpuasa di musim panas di Jepun, yang mana waktu subuh pada jam 2 pagi, Maka, mungkin terpaksa juga tidur selepas waktu subuh.
4. Tidur sebentar sebelum Zuhur. Ambil masa lebih kurang setengah jam, untuk tidur sebentar sebelum Zuhur. Waktu ni, sesuai sebab nanti kita akan rasa segar semula lepas amik wudhu untuk solat zuhur.
Baca Ayat Kursi
Saya dapat tips ni dari blogger lain, katanya berkesan untuk menangani masalah mengantuk Bacalah ayat kursi sebanyak 3x.
Ayat ini dikatakan sesuai dijadikan doa untuk masalah mengantuk, kerana keratan di bawah ini;
yang bermaksud “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”.
Senaman Ringkas
Kalau anda di pejabat, dan rasa mengantuk yang teramat, cuba bangun dari tempat duduk dan buat senaman ringkas.
Cinch Tea Shaklee
Kalau dah nama distributor Shaklee, mana boleh tak promote kan? Tapi, sejujurnya inilah tips yang saya betul-betul amalkan supaya tak mengantuk. Tiap kali sahur, bancuh dengan air + madu. Sedap! Sangat memberi tenaga dan membantu saya kekal tak mengantuk semasa membaca report projek akhir pelajar dan menanda kertas peperiksaan pelajar.
Kalau nak order boleh whatsapp 0136206202, atau boleh terus buat pembelian secara online
DI SINI.
Comments
Post a Comment