Cara penggunaan lampin pakai buang (cloth diaper)

Sebelum mencuba lampin guna semula (cloth diaper / reusable nappy atau macam2 lagi nama lainnya), memang tak ada keyakinan yang saya akan berjaya. Namun, selepas mempertimbangkan betapa banyak kebaikan menggunakan berbanding lampin pakai buang, saya cuba juga.

Rupa-rupanya, guna cloth diaper (CD) ni, tak sesukar yang disangka. InsyaAllah akan saya kongsikan cara mudah untuk gunakan CD dan juga tips2 yang saya gunakan.

Antara persoalan yang timbul dalam fikiran sebelum menggunakan CD:

Q : Leceh nya..  nak kena cuci lampin tiap hari?
A : Tak perlu cuci setiap hari. Boleh buat jadual untuk cuci 2/3 hari sekali. Tapi kena pastikan stok CD cukup untuk anak sepanjang 3 hari tu.

Q : Nak kena cuci lampin dengan tangan? 
A : Tak perlu cuci dengan tangan pun. Boleh guna mesin basuh sepenuhnya. 

Q : Eeiiii gelinya dengan poo anak??
A : Ada cara supaya tak perlu sentuh pun poo anak tu. Lain kali saya post tentang cara uruskan najis supaya tak perlu sentuh.

Q : Betul ke boleh jimat? Bukan ke CD harganya mahal??
A : Sangat betul. Jimat banyak sebab kita tak perlu lagi beli lampin selama 2-3 tahun. Sehingga anak sudah potty train sepenuhnya. Walaupun harga CD mahal daripada harga lampin pakai buang, tapi ianya merupakan pelaburan sekali, berbanding membeli lampin setiap bulan. Ditambah pula kalau ada 2-3 orang anak kecil. Sangat berbaloi.

Jadi, kalau ada niat nak pakaikan CD pada anak, boleh la teruskan niat tu. Jangan risau, insyaAllah anda boleh berjaya.

Comments

  1. Salam k.zaidah..anis ni..menariknya..nt share ye cara cuci. Blh pertimbangkan juga ni. Mne nk dptkn cloth diaper ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anis.. cloth diaper ni ada dijual di kedai2 bayi. Malah ada juga reseller buat dropship CD ni.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts