Prosedur mengambil anak angkat. Pt2

Nampak gaya, kisah pengambilan anak angkat yang pernah ditulis sebelum ini mendapat perhatian beberapa pihak. Saya rasa, tiba masa untuk saya sambung kisah ini. Kerana kisah ini belum tamat.

Sebelum ini, saya menegaskan pengambilan anak angkat bukanlah suatu yang perlu ditakuti. Sememangnya banyak emosi yang terpaksa kita tempuhi. Tapi, Allah Maha Mengetahui. Kali ini, saya hendak kongsikan serba sedikit prosedur yang perlu dilalui sekiranya ingin mengambil anak angkat. Ini sekadar pengalaman yang kami sekeluarga lalui, semoga dapat difahami oleh pembaca.


Proses pengambilan anak pelihara, telah kuceritakan dalam pos yang lepas.. Kini, setelah dua tahun memelihara Balqis, tiba masanya untuk kami memohon status anak angkat. Status ini sangat penting kerana, tanpa status ini, tiada sebarang syarikat insurans yang mahu melindungi anak-anak ini. Dan sakit pening mereka juga tidak akan ditanggung oleh majikan (almaklum, kami suami isteri adalah kakitangan kerajaan). Dan, banyak lagi pihak lain yang memerlukan dokumen pengangkatan ini (spt sekolah, taska, bank dll). Sebenarnya kami agak terkilan, kerana sepanjang tempoh memelihara anak yang tidak berdosa ini, kami sentiasa dihimpit perasaan bimbang.

Antara kebimbangan yang kami hadapi:

  • apakah akan terjadi, sekiranya kami suami isteri ditimpa kemalangan maut? Pihak insuran sudah tentu tidak akan ambil peduli akan anak kami. Kami hanya boleh berharap pada ibu dan ayah yang sudah tua dan saudara-mara, untuk menjaga dia. 
  • kami tidak dapat membuat tabungan untuknya, kerana bank mahukan sijil pengangkatan yang sah. Sekiranya kami mati dulu, Balqis tiada sebarang wang. Sedangkan, dia berhak mendapat apa yang kami hendak hadiahkan kepadanya.
  • Masuk hospital? Kami sentiasa berdoa agar si kecil ini dijauhi daripada sebarang sakit yang merbahaya. Bukan kami tak sayangkan anak yang lain, cuma, sekiranya terpaksa masuk hospital, bayaran insuran tiada. 
  • Rombongan sekolah juga kami terpaksa hadkan. Kerana mereka mahukan sijil tersebut bagi insuran pelajar. :(
Tapi, ini semua halangan kecil sahaja. Kerana niat kita untuk memelihara anak itulah yang lebih utama. Cuma, kami agak terkilan kerana pihak yang sepatutnya memudahkan proses, telah menyusahkan kami. Yang paling membuat kami sedih adalah tindakan Jabatan Pendaftaran yang sewenang2 menolak permohonan kami untuk sijil pengangkatan. Kenapa ditolak? Alasannya, tarikh sijil lahir dikeluarkan belum sampai dua tahun. Sedangkan sijil lahir daftar lewat itu, lambat dikeluarkan atas masalah mereka. Mengikut akta, kita berhak memohon selepas dua tahun memelihara anak tersebut. Malah JKM menegaskan begitu. Tetapi, pegawai JPN tersebut dengan senang hati, menolak permintaan kami. Kami terpaksa menunggu lagi enam bulan.

Iya, Enam bulan kami pendamkan rasa kecewa. Apabila tiba tarikh enam bulan tersebut, kami telefon semula JPN untuk mendapatkan status permohonan kami. "Oh.. kami baru nak buka fail..". Betapa kecewa mendengar jawapan tersebut. Dan kami disuruh menunggu lagi 3 bulan, baru mereka akan panggil untuk prosiding.

Ok, ini semua kisah pegawai JPN yang tidak mahu langsung memikirkan kesan tindakan beliau terhadap seorang anak kecil yang tidak berdosa. Akhirnya selepas 9bulan menghantar borang permohonan, baru kami terima surat memanggil untuk prosiding.. Belum dapat sijil lagi.. Banyak lagi prosesnya.. :(

Baiklah. Kita tunggu dan lihat, bila pula sijil pengangkatan itu akan dikeluarkan. 

Comments

Popular Posts