Susu ibu, susu terbaik..

Memang tak dapat dinafikan, susu ibu adalah susu terbaik bagi anak-anak kita. Setiap ibu yang baru melahirkan sudah pasti mempunyai hasrat untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Tetapi, tidak semua orang memahami kebaikan susu ibu. Malah, masyarakat kita, masih ada yang mencemuh ibu-ibu yang menyusukan. Antara cemuhan negatif yang mungkin anda terima apabila bersusah payah mengepam susu di pejabat:

  • "Pam susu? Alaaa... Tak payah susah-susah. Akak besarkan sepuluh orang anak, takde susah-susah nak pam. Susu formula kan dah macam-macam jenis kat luar tu. Beli, bancuh aje.."
  • "Eiii... tengok orang tu, tak malu ke, susukan anak kat tempat awam? Kalau bagi susu botol kan senang.. Dah la anak dia lelaki.. Tak malu betul!"
  • "Susu kamu cukup ke? Bagi aje lah susu formula."
Susu ibu di tempat awam, bukan sesuatu yang memalukan. Cuma, kena tahu cara dan adabnya.
Anda pernah terdengar bunyi-bunyian sumbang ini? Saya pernah.. Tapi, saya tak pedulikan semua tu, sebab saya mampu berikan yang terbaik untuk anak saya. Kenapa perlu saya peduli akan kata-kata mereka? Sebenarnya, mereka yang mencemuh tu, tak tahu khasiat sebenar susu ibu. Antara kelebihan susu ibu:
  • Susu ibu diciptakan Allah S.W.T. sebaik-baik ciptaan, yang mana ia terhasil unik bagi keperluan anak. Setiap anak, mempunyai citarasa berbeza, kan? Dan siapa yang Maha Mengetahui tentang alam semesta ini? Sudah tentulah Allah Ta'ala. Jadi, buat apa bagi susu formula, yang cuma ada satu rasa. Sedangkan susu ibu berubah rasa setiap kali anak menyusu? Ini kan lebih baik, untuk mengaktifkan deria rasa anak kita?
  • Menyusukan anak, merupakan kaedah menguruskan badan yang paling efektif. Makanlah banyak mana sekalipun, kebanyakan ibu menyusu akan kekal langsing. Tak perlu diet makan jamu pelik-pelik.
  • Menyusukan anak, merupakan kaedah merancang kehamilan yang baik. Tak perlu pil perancang kerana, ketika anak menyusu, sedikit sebanyak, rahim akan mengecut, dan menyebabkan ibu kurang subur. Apabila Rasulullah menyarankan kita menyusukan anak hingga usia 2 tahun, maknanya perancangan keluarga yang terbaik ialah dengan menjarakkan usia anak-anak kita lebih kurang 2 tahun. Wahhh... Rasulullah sungguh bijaksana!
  • Jimat!! Tak perlu keluar duit sesen pun nak susukan anak. Susu dihasilkan dari tubuh kita sendiri.
  • Para bapa, boleh tidur lebih lena. Sebab, ibu menyusu akan terus susukan anak bila anak menangis tengah malam. Tak perlu si bapa tolong bangun untuk bancuh susu. Hebat kan?
  • Khasiat susu ibu bukan sahaja dari nutrisi yang dibekalkan oleh ibu, tetapi juga khasiat rohani anak-anak juga akan terisi. Semasa menyusukan anak, ibu-ibu boleh berzikir dan anak-anak akan lebih kuat kasih sayangnya pada ibu. Sentuhan ibu semasa menyusukan memberikan anak-anak perasaan selesa, selamat dan kasih sayang yang sangat mendalam. 
Ya Allah... Sungguh banyak kelebihan susukan anak ni, rupanya. Jadi, mari kita teruskan usaha untuk susukan anak. Kalau anda rasa susu kurang, ini mungkin disebabkan anda kurang menyusukan. Tubuh ibu sungguh ajaib! Allah dah jadikan, apabila anak menyusu, ia akan merangsang lebih banyak penghasilan susu. Jadi, apabila kita kurangkan menyusu, maka penghasilan susu juga akan kurang. Jika anda stress, juga penghasilan susu akan berkurangan. Tips mudah, berzikir semasa menyusukan anak, insyaAllah stress akan hilang. 

Tapi, kita juga harus ingat, untuk menghasilkan susu yang cukup zat, kita harus makan makanan yang berkhasiat. Dalam zaman serba moden, yang penuh dengan pencemaran, mungkin kita juga menghasilkan susu yang kurang khasiatnya. Jadi, jaga makan, jaga minum, jaga kesihatan. Caranya, bersenam dan makan suplemen vitamin yang mencukupi. Mudah sahaja! Kalau mahu tahu lebih tentang vitamin bagi ibu menyusu, hubung saya segera. InsyaAllah saya akan cuba bantu. Demi menggalakkan penyusuan susu ibu buat anak-anak kita. 

Comments

Popular Posts