Kelemumur??? Argghh!!!

Ok, Dandruff aka kelemumur. Sesuatu yang sangat merimaskan, menggelikan dan menggatalkan. Tapi, bagi sesetengah orang, ia adalah suatu masalah yang susah nak diselesaikan. Saya adalah salah seorang daripadanya.

Disebabkan tak tahan dengan kelemumur, saya pun googling, mencari penyelesaian. Saya terjumpa seseorang yang berkongsi kisah kelemumur, menggunakan produk Himalaya. Yeay! Satu lagi keistimewaan produk himalaya. Saya gemar menggunakan produk Himalaya ni, kerana ianya diperbuat daripada bahan semulajadi. Sama macam vitamin dan suplemen Shaklee. Produk yang diperbuat daripada 100% bahan asli, bukan bahan sintetik yang boleh merosakkan tubuh. Heheheh.. Sempat juga promosi Shaklee di sini.


Ok, sambung cerita Himalaya. Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak, sesungguhnya saya tidak punya masa untuk ke saloon untuk masalah kelemumur saya. Jadi, sementelah saya ke Empire Tower untuk membeli vitamin Shaklee, saya pun  singgah ke butik Himalaya di sana. Terus sambar produk Himalaya yang saya maksudkan..


Cara memakainya mudah.. Cucuk dulu penutup getah atas tu. (Kalau tak cucuk, korang tunggang la macamana botol tu, takkan keluar minyaknya.. :D ). Mengikut arahan pada botol, kena urut pada kulit kepala. Bagi orang yang agak tak suka minyak2 ni, sila gunakan cara saya. Nampak tak sikat kayu tu? Sikat kayu tu, produk BodyShop. Memang berbaloi2 beli sikat kayu. Ia berfungsi untuk mengurut kulit kepala. Di samping, tangan tak payah le nak kene minyak tu. :)



Saje saya tak bagi nampak keseluruhan sikat tu, sebab banyak DNA saya dok lekat kat pada sikat tu. Malu la plak.. hehehehe... Jadi, selepas siap lumur kulit kepala dengan minyak tu, kita biarkan semalaman. Kalau tak suka tidur dengan minyak, sejam-dua jadilah kot.. Lepas tu, gunakan shampu anti kelemumur Himalaya. Himalaya ada beberapa jenis shampu anti kelemumur. Pilihlah ikut keselesaan masing-masing. Saya pilih yang ni...


Ok.. Kalau nak rambut tu lebih rapi, lembab dan cantik, lepas siap cuci, keringkan dan sapu krim rambut ni.. Krim ni jangan sapu sampai kulit kepala tau.. Sapu hujung-hujung je. Kita tak nak jadi kelemumur kalau smpai kene kulit kepala.. Ada juga krim untuk anti-dandruff. Tapi, saya pilih yang ni sebab nak rambut lebih cantik bersinar.. :)

Oh ye! Sebenarnya kalau nak kelemumur hilang dengan lebih berkesan, bolah juga tambahkan dengan suplemen. Supaya ia membaiki daripada dari dalam tubuh. Antara sebab terjadinya kelemumur ialah, kekurang zinc dalam tubuh. Walaubagaimanapun, ia bukanlah satu-satunya faktor. Antara lain, stress juga mampu menyebabkan kulit kepala menjadi kelemumur. Jadi, bagi menambah kesihatan kulit kepala, saya juga mengamalkan suplemen Zinc daripada Shaklee.. Kalau nak order suplemen Shaklee, boleh lah SMS saya di 019-2166202. Cepat tau!! Boleh beri harga istimewa! :)


Comments

Popular Posts