Mohon status kewarganegaraan
Baca tajuk entry ni, macam penulis bukan warganegara pula ye? :)
Jangan silap... Sebagaimana yang saya pernah kongsi sebelum ini, saya mempunyai seorang buah hati yang saya jadikan anak angkat saya. Kini anakanda kesayangan kami, sudah berusia 4 tahun. Namun, kami sedang menghadapi masalah apabila hendak membawanya bersama ke luar negara, apabila kami dimaklumkan yang status kewarganegaraannya yang belum ditentukan, menyebabkan dia tidak dapat membuat passport.
Di saat saya dimaklumkan oleh pihak imigresen tentang hal itu, terasa bagaikan jantung terhenti seketika. Sedih mengenangkan si anak yang telah beriya-iya hendak ke Jepun. Ralat mengenangkan soalan setiap kali celik mata waktu pagi, "Mama, bila nak pegi Jepun?". Sayu mengenangkan pakaian panas yang telah kucari untuknya buat bekalan musim sejuk.
Namun, hakikatnya ini adalah prosedur. Kami terpaksa akur. Kami cuma dapat usahakan agar urusan permohonan kewarganegaraan nya selesai segera. Untuk mengelakkan ada orang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama, ingin saya kongsikan sedikit tips apabila anda sudah mengambil anak angkat.
Tips 1: Pastikan status kewarganegaraan anak, sebaik sahaja anda menerima sijil pengangkatan.
Lepas 2 tahun anak pelihara dalam jagaan kita, kita boleh memohon untuk menjadikannya anak angkat. Sebagai anak angkat, sijil kelahiran asal anak akan diambil oleh JPN, dan sijil pengangkatan akan dikeluarkan setelah selesai beberapa langkah. Di dalam kolum Nama Kanak-kanak dan nama keluarga, bahagian bawah namanya, akan ditulis status kewarganegaraan anak (seperti dlm gamabar di bawah). Pastikan maklumat yang ada disitu! SEGERA! Jangan tangguh!
Tips 2: Sekiranya status selain daripada WARGANEGARA, cepat-cepat pohon kewarganegaraan.
Status boleh jadi BUKAN WARGANEGARA, PENDUDUK TETAP atau BELUM DITENTUKAN. Status ini ditentukan berdasarkan ibu bapa kandung anak. Jadi, jika status tersebut seperti di atas, cepat isi borang, ya!
Tips 3: Selepas beberapa bulan, sila hubungi JPN untuk mengetahui status permohonan.
JPN menetapkan prosedur permohonan kewarganegaraan mengambil masa daripada 6 bulan hingga 2 tahun. Namun, ini cuma anggaran. Untuk memastikan kita sentiasa ingat tentang permohonan tu, tanda lah dalam kalendar (selepas 6 bulan) semak status. Untuk semak status, anda perlu sertakan nombor resit permohonan ye. Jadi, jangan hilangkan pula resit tu!
Tips 4: Berdoa semoga urusan anak dipermudahkan.
Tips ini paling penting. Anak angkat, walaupun bukan darah daging kita, adalah anugerah dan amanah yang perlu kita jaga. Jadi, sebagaimana kita mahukan kehidupan terbaik untuk anak-anak yang lain, jangan lupa doakannya sekali.
Semoga sedikit tips dapat beri manfaat pada semua. Saya berterima kasih kepada Mama Norlina Alawi, yang pernah berpesan kepada kami suami isteri, ketika pertemuan kami dulu. Pesannya untuk cepat-cepat uruskan proses kewarganegaraan agar tidak menyusahkan anak di kemudian hari. Beliau merupakan seorang yang saya hormati, lebih lagi dengan pengalaman beliau yang sangat banyak.
Wallahu a'lam...

As salam puan... so nak tnye.. skrg ank puan dah dpt warganegara ye? Sy ada seorang ank angkat.. skrg berumur 1thn setengah.. sy sedang menunggu umurnye sehingga 2thn utk kelayakan pengangkatan.. cuma sy nak tau permohonan utk warganenaga tu setelah proses pengankatan atau semasa menunggu utk pengangkatan bole mohon? Mintak perkongsian dr puan.. email sy zarina.johari@gmail.com
ReplyDeleteTip yang sangat berharga dan membantu saya dan isteri berhubung 2 anak angkat kami. Terima kasih. - RAMLI
ReplyDeleteSama2. Semoga bermanfaat.
DeleteAssalam...saya nk tnya saya ada ank angkat..permohonan warga negara dh dimohon tp sampai skrg belum dpt lagi surat dr mn2 jbtan yg mnyatakan permohonan diluluskan...apa perlu saya buat atau tindakan saya seterusnya..permohonan dh setahun lebih...
ReplyDeleteSalam, saya rasa baik puan cuba hubungi JPN, sebab proses tu makan masa. Berbeza-beza mengikut keadaan. Kalau dapat bercakap dengan pegawai di JPN lebih baik.
DeleteSaya pun sama juga dh 2taon lebih tp surat pemohanan lulus tak sampai.. tel kdn x jawab.. sblum ni diaorg jawab.. mula dr jan smpai skrg sy tel x agkat..
Deletesalam..saya mempunyai masalah yg sama...anak angkat saya status bukan waga negara..sekarang dah lebih 2 tahun apply tapi masih tiada jawapan dari pihak KDN..bolehkah kongsi sedikit prosedur untuk mempercepatkan status warga negara
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSaya telah dua kali membuat permohonan kewarganegaraan untuk anak angkat saya yang sekarang sudah berumur 8 tahun, sudah 6 tahun menunggu,sedih rasanya kerana masih berstatus bukan warganegara.
ReplyDeleteSalam..sy pn mempunyai sorang anak angkat bkn warganegara.prmohonan warganegara dh pun di buat.tpi masih mnggu jwapan hmpir 3 thn.anak sy skrng berusia 8 thn.bila dah sekolah ni smua buku2 teks trpaksa kena beli sendiri trmasuk yuran tahunan dikenakan wlupun sekolah kerajaan.bg yg brpengalaman sy nk bertnya jika kita bawa anak ke hospital kerajaan adakah cas bayaran dikenakan mngikut status dlm sijil lahir anak angkat yg trtulis bukan warganegara.mohon penjelasan..sekian
ReplyDeletekena bayar puan...dan cost 2017 increase compare to 2016. moga urusan puan dipermudahkan.
Deleteya, bila pergi ke hospital kerajaan cas yang dikenakan mengikut status dlm sijil lahir. Anak bukan warganegara dikategori kelas 1 . saya juga mempunyai anak bukan warganegara dan sudah ada pengalaman menghantar anak ke hospital kerajaan
Deletesalam mama, bagaimana pula persekolahan?
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. dalam kes saya, alhamdulillah tiada masalah. Anak sekolah seperti biasa. Dengan menggunakan sijil pengangkatan & sijil warganegara sebagai ganti sijil lahir.
DeleteSlm puan..brp thun puan tggu utk dptkan taraf warganegara anak ye..?
ReplyDeleteAlhamdulillah kami dapat lepas 7 bulan. Tapi, proses berbeza2 ikut kes. Ada yang saya jumpa, katanya 10 tahun baru dapat. Semoga dipermudahkan.
Delete