Mohon Status Kewarganegaraan Pt2
Dalam tulisan saya sebelum ini, saya berkongsi tentang cara-cara mengambil anak angkat, dan sekaligus memohon kewarganegaraan baginya. (Ini cuma bagi kes yang mendapat anak angkat bukan warganegara atau kewarganegaraan belum ditentukan).
Kali ini, saya ingin berkongsi tentang tips 3 daripada artikel terdahulu (KLIK SINI untuk baca artikel tersebut.) Saya pernah katakan, sila hubungi JPN semula selepas beberapa bulan. Mengikut maklumat yang baru saya dapati, sila hubungi setelah dua tahun memohon. Kenapa dua tahun? Saya tidak punya kuasa untuk menerangkan segala proses yang saya sendiri tak pasti.
Setelah berhubung dengan JPN kelmarin, terdapat beberapa talian yang menguruskan bahagian kewarganegaraan. Anda boleh cuba hubungi (03-8880 8171 / 72 / 73 / 74 / 75), Banyak talian yang disediakan. Tapi, jangan lah berharap anda telefon satu talian, akan pasti dijawab. Cubalah nombor yang lain pula..
Semasa menelefon, sila pastikan anda ada no rujukan permohonan yang panjang lebar tu. Hehehe.. walaupun jenuh nak membacakan no yang panjang tu, ianya penting bagi memastikan mereka dapat cari dalam sistem mereka.
Saya telahpun cuba hubungi talian tersebut. Malah telah bercakap dengan para pegawai, tapi hasilnya agak mengecewakan. Manakan tidak, status yang dimaklumkan kepada saya adalah sama dengan jawapan yang saya terima 3 bulan lepas. Mujur pegawai tersebut bercakap dengan baik dan sopan. Dan berjanji akan menelefon sayha semula hari ini. Kita tunggu dan lihat. :/
UPDATE: Baru dapat panggilan semula daripada JPN, katanya akan dihantar ke KDN minggu ini juga. Hmm... Macam pahat dengan penukul :(

Comments
Post a Comment