Vitamin untuk ibu mengandung

Minggu ni, seronok sebab dapat berita dua orang terdekat, mengandung... Cemburu sebenarnya, sebab dalam hati ni, teringin nak mengandung lagi. Teringat masa mengandungkan Zakwan, saya memang tercari-cari apa vitamin yang boleh saya ambil. Masa tu, masih belum kenal Shaklee.. Saya cuma berbekalkan asid folic dan obimin yang dibekalkan oleh klinik.

Sekarang, selepas berkenalan dengan dunia ibu-ibu, macam-macam maklumat yang dah saya tahu. Banyak artikel yang tidak menggalakkan pengambilan obimin.. Saya bukannya pakar dalam hal ni, namun, saya nak kongsikan penemuan baru saya, iaitu, mengandung dengan sihat, bersama Shaklee.

Saya berkenalan dengan Shaklee, asalnya untuk mencari cara menambah susu semasa menyusukan Zakwan. Tapi, dari satu vitamin, ke satu vitamin lain (semuanya produk Shaklee), saya sudah jatuh cinta. :) Jadi, saya ingin kongsikan kebaikan Shaklee dengan ibu-ibu di luar sana. Ikhlas, saya hanya ingin kongsikan kebaikannya agar kita semua dapat membina keluarga yang sihat.

Buat ibu mengandung yang sedang membaca, sila tumpukan perhatian pada vitamin yang anda ambil sepanjang kehamilan. Ibu mengandung, seharusnya lebih peka dengan setiap perlakuan, tindakan serta apa yang dimakan. Kerana, semua ini akan memberi kesan kepada pembentukan fizikal dan rohani anak di dalam kandungan. 

Set asas vitamin untuk ibu mengandung Shaklee, terdiri daripada :

1.Vita-Lea Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah. Dengan vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi. Bagi ibu mengandung yang selalu menghadapi masalah HB rendah, sememangnya bagus untuk ambil Vitalea. 

2.B-Complex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi ibu mengandung. Sebab tu doktor pun akan beri asid folic bila ibu-ibu didapati mengandung..

3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 

4. Ostematrix / Kalsium - Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ada sesetengah ibu mengandung, menghadapi masalah hendak minum susu. Jadi, Ostematrix adalah cara terbaik bagi memastikan kalsium yang cukup untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilan kalsium juga boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas. No more cramping legs during pregnancy..

Oh, tak sabarnya nak mengandung lagi. Saya nak alami sendiri pengalaman mengandung dengan Shaklee.  Walaupun belum mengandung, sebenarnya saya dah makan semua vitamin di atas, untuk memastikan kesihatan berpanjangan. Dan, kesannya memang best!! Malah, kawan-kawan yang berpengalaman mengandung dengan Shaklee juga dah berikan testimoni hebat tentangnya. Jom berShaklee!! 

Call / SMS / Whatsapp : Zaida 0136206202

Comments

Popular Posts