Trying To Conceive (TTC)

Kali ni, saya nak kongsi sedikit pengalaman TTC saya. Saya TTC selama hampir tiga tahun. Dalam pengalaman TTC tu, saya dan suami ambil keputusan untuk mengambil anak angkat melalui JKM. Akhirnya, penantian kami berakhir apabila saya disahkan hamil selama 5 minggu. Sangat-sangat syukur, kerana ada rezeki kami menjadikan anak angkat kami, sebagai anak susuan. Allah mendengar doa kami.

Kini, anak kecil kami sudah hampir mencecah usia dua tahun. Tergerak di hati kami, untuk mengandung lagi. Ooppss.. Kalau penyelia PhD saya terbaca post ni, matilah saya.. Nak cuti bersalin lagi? Hahahaha.. Tak kira! Kami tetap nak lalui tempoh TTC lagi. Sebab, faktor usia yang kian meningkat, dan hajat mahu punyai anak yang ramai.

Pengalaman TTC saya di awal perkahwinan dulu, banyak mengajar saya tentang hal-hal kesuburan dan kehamilan. Ramai yang tak tahu tentang masalah kesuburan, malah dengan senang hati menuduh orang lain mandul. Tolonglah wahai manusia sekeliling, jangan sesuka hati melabel seseorang mandul, kerana itu adalah sesuatu yang sangat menyakiti hati, terutamanya bagi pasangan yang TTC.

Kini, bagi memastikan pengalaman TTC kali ini lebih bermakna, dan tidak menyakitkan hati, saya akan pastikan tubuh saya sentiasa dalam keadaan bersedia dan memastikan saya mengambil suplemen bagi kesihatan dan kesuburan. Memandangkan daya sememangnya sekarang pemakan Shaklee tegar, saya percaya suplemen Shaklee yang sememangnya semulajadi, insyaAllah boleh meningkatkan kebarangkalian untuk saya hamil lagi. Lagipun, sudah banyak testimoni mengenai set kesuburan Shaklee ni.

Bagi pasangan yang sedang cuba hamil, sebelum terus nak pergi ke klinik untuk mengambil clomid atau pil kesuburan lain, mari pastikan apakah masalah kita. Bagi kaum lelaki, jangan terlalu cepat menuduh isteri tak mampu hamil, lantas menyuruh isteri melakukan pelbagai ujian kesuburan. Sebenarnya, lebih baik sang suami yang menjalani ujian dahulu, kerana ujian untuk suami lebih mudah dan tidak memerlukan sebarang peralatan atau operasi ke atas tubuh. Sekiranya doktor telah memastikan suami perkasa, dan mempunyai bilangan sperma sihat yang mencukupi, barulah kita teruskan dengan ujian si isteri.

Para Isteri,
Ketidaksuburan (terminologi ini sering digunakan, bukan bermaksud kemandulan, ye?), boleh disebabkan oleh banyak faktor. Mungkinkah anda mempunyai endometriosis, atau mempunyai masalah dengan tiub falloppian, masalah ketidak seimbangan hormon dan haid, yang seringkali dikaitkan dengan PCOS (Polycistic Ovarian Syndrome). Kenalpasti masalah anda, dan cari jalan untuk mengatasinya.

Para suami,
Masalah yang berpunca dari suami, selalunya berpunca daripada kekurangan sperma yang cukup sihat untuk berenang ke destinasi. Dan masalah ini sebenarnya boleh diatasi, dengan syarat suami-suami haruslah menjaga kesihatan. Caranya mudah sahaja, makan makanan yang berkhasiat, elakkan stress, dan tingkatkan imuniti tubuh.

Shaklee merupakan satu rangkaian suplemen yang diperbuat dari bahan semulajadi. Ia dijamin 100% semulajadi. Bagi membantu pasangan TTC, terdapat set yang dirumus khas. Vitamin yang dicadangkan bagi kaum isteri, cukup lengkap dengan multi-vitamin, asid folik, anti-oksida. Disamping itu, alfalfa yang dirumus khas oleh Shaklee mempunyak manfaat yang terbaik untuk wanita di mana ia mampu mengatasi masalah keputihan, masalah period yang tidak teratur dan PMS. Selain itu, alfalfa juga dikatakan dapat membantu mengatasi “sakit ketika bersama” dan sangat membantu dalam hubungan suami isteri. Satu lagi adalah GLA Complex, yang merupakan satu vitamin terbaik untuk kesuburan wanita.  Ia membantu wanita untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair ini penting untuk membantu sperma berenang ke tiub fallopio dan hidup lebih lama iaitu sehingga hari ke-5 selepas bersama.

Bagi suami pula, rangkaian vitamin asa yang sama boleh diamalkan, disertai dengan Zinc Complex yang  penting untuk lelaki menghasilkan sperma yang sihat dan kuat. Ini secara tak langsung akan meningkatkan peluang persenyawaan terjadi. Zinc juga membantu meningkatkan keinginan seksual.

Jadi, inilah dia set kesuburan yang saya sedang amalkan sekarang. Anda mahu mencuba, hubungi saya segera. Dah ramai orang cuba dan berjaya. Saya akan kongsi testimoni pengguna set ini dalam entri akan datang.

Kesimpulannya, kalau anda TTC, dan ingin meningkan peluang hamil, boleh hubungi kami, atau terus sahaja beli dari link ini. KLIK SINI.

Popular Posts