Perjalanan kehamilan yang sihat
Pagi hari ini, dapat berita daripada sepupu yang baru melangsungkan perkahwinan hujung tahun lepas. Alhamdulillah, berita baik, saya nak dapat anak saudara baru. Syukur...
Mendapat berita kehamilan sememangnya satu berita yang sangat menggembirakan saya. Membuatkan saya terkenang saat mengandung dan melahirkan, oh rindunya.. Dan sememangnya, sewaktu hamil adalah saat-saat manis, terutamanya hamil sulung. :)
Di saat ini juga, berbagai simptom (orang tua-tua kata, mabuk...) di awal kehamilan juga haruslah dihadapi dengan tenang dan sabar. Saya suka nasihatkan ibu-ibu hamil supaya mengambil suplemen, vitamin.. Banyak kebaikannya.
Antara kepentingan vitamin di saat ini ialah:
Buat bakal daddy, ayah, papa a@ abi, anda pun kena pastikan kesihatan dalam keadaan yang paling maksimum. Masa ni, daddy tak boleh jatuh sakit, kerana kesian mama @ ummi @ mak nak jaga semua orang dalam keadaan hamil. Jadi, kongsi suplemen dengan isteri, untuk kesihatan optimum.

- * dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan
- * mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
- * membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
- * mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.
Antara vitamin yang penting untuk ibu hamil adalah:
- Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
- Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
- Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
- Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.
Shaklee ada satu set suplemen yang boleh menjadi amalan ibu hamil. Set ini terdiri daripada
- Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
- B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
- Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. Kelebihan ostematrix, magnesiumdi dalamnya membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil. Ostematrix adalah pilihan yang paling tepat untuk sumber kalsium, lebih lagi bagi ibu-ibu yang sangat susah minum susu.
- Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Boleh mula ambil pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan).
Selain set asas ni, boleh lah tambah suplemen seperti Vita-C dan Energizing Soy Protein. InsyaAllah bertambah sihat dan lebih bertenaga.
Buat bakal daddy, ayah, papa a@ abi, anda pun kena pastikan kesihatan dalam keadaan yang paling maksimum. Masa ni, daddy tak boleh jatuh sakit, kerana kesian mama @ ummi @ mak nak jaga semua orang dalam keadaan hamil. Jadi, kongsi suplemen dengan isteri, untuk kesihatan optimum.
Seronok ambil suplemen, jangan sampai terlupa kenapa ambil suplemen. Ada juga suplemen yang tak digalakkan untuk ibu yang sedang hamil. Tak berapa digalakkan ambil suplemen:
- Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat. InsyaAllah...
- Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. Ingat, bersederhana!
- Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.
Rujukan: www.drzubaidi.com & vitaminsemulajadi.com
Comments
Post a Comment