Breastfeeding, yet still eczema?

Belajar melalui pengalaman, adalah satu jenis ilmu yang sukar diperoleh. Ini antara pengalaman yang mengajarku. Anak kecilku, Zakwan, sememangnya disusui dengan susu ibu sepenuhnya, sehingga usianya kini 18 bulan, dan insyaAllah akan diteruskan sehingga 2 tahun.

Antara sebab susu ibu jadi pilihan adalah kerana khasiatnya yang tidak ternilai. Jadi, aku yakin sepenuhnya bahwa susu ibu adalah terbaik untuk anakku. Bagi memastikan anakku mendapat khasiat yang optimum, aku sendiri haruslah mengambil makanan yang terbaik, kan? Jadi, aku sentiasa memastikan aku mengambil suplemen, dan minum susu bagi memastikan sumber kalsium yang berterusan.

Namun, anakku sering batuk sehingga ke tahap bronchitis. Dan tubuhnya dihinggapi atopic eczema yang tidak putus-putus. Mengapakah?

Kelmarin, terima kasih kepada Dr Yus, yang sememangnya aku kagumi sehingga kini. Beliau telah membuka mataku, bahawa dalam usaha aku menyediakan zat terbaik untuk anakku, aku telah tersilap memilih sumber kalsiumku. Susu Dutch lady yang ku minum setiap hari, adalah salah satu sumber elergen yang menjadikan eczema anakku berterusan. Owhs... Elergen yang terdapat dalam susu lembu, telah kuberi kepada anak melalui susu ibu, Aduh.. Oleh kerana anakku sememangnya menghadapi masalah elergi, rupanya aku juga adalah sumber elergi itu...

Oleh itu, mulai saat itu, aku tidak lagi meneguk susu. Aku cuma perlu menambah suplemen kalsiumku dengan tablet. Dan semestinya pilihan terbaikku adalah daripada Shaklee :)

Selepas ini aku pasti akan menambah Ostematrix dalam diet seharianku.. :)
Oopps.. apakah tanda anak kita mengihdap atopic eczema? Anataranya, anak selalu gosok2 hidung bila selsema, kulit kering dan kasar terutamanya di kawasan berlipat seperti pelipat belakang lutut, pelipat lengan dan leher.. Dan anak selalu sensitif pada habuk, kucing, dan yang sewaktu dengannya.

Comments

Popular Posts