Balqis's Potty Training Journey
Umur Balqis dah mencecah tiga tahun. Beberapa hari lagi, dah nak mula bersekolah di Brainy Bunch Islamic Montessori.. Malu pula rasanya, kalau masih berlampin. Hmm.. Jadi, mama nekad nak 'potty train' Balqis. Nak mulakan langkah, tak tahu caranya. Almaklum, anak pertama.. :) Jadi, mama pun tanya dengan pakcik Google. Ada terbaca tentang seluar dalam khas untuk latih anak ke tandas (training pants). Tergerak di hati, 'Nak belilah!'. Carian di kedai-kedai bayi online, sungguh mengecewakan.. Littlewhiz jual RM36 sehelai. One Baby World jual RM16.90 sehelai... Takkan nak beli sehelai sahaja? Berkira-kira, dan tanya pendapat encik suami.. Akibatnya, kena marah kerana katanya membazir.
Jadi, ku teruskan carian di Google. Ternampak banyak blog berkongsi kisah membuat training pants sendiri. DIY. Aku pun terus mencari bahan-bahan yang perlu, tanpa perlu membazir wang.. Tempat yang ku tuju:
- Jusco, untuk membeli seluar dalam kanak-kanak
- Almari bilik anak, untuk mencari lampin kain lama, yang kupakaikan pada Adik semasa baru lahir..
Langkah 3: Jahit dengan mesin jahit tepi, sekeliling kepingan tadi. Dan tanggalkan jarum peniti..
Langkah 4: Sematkan kepingan pad tadi di bahagian dalam seluar.
Langkah 5: Jahitkan bahagian tengah, dan tanggalkan jarum peniti tadi. Aku tiada mesin jahit, jadi aku jahit dengan jahitan kia dari sebelah luar. Jahitan pula kubuat jarang-jarang supaya boleh kutanggalkan semula selepas Balqis sudah pandai ke tandas nanti..
Jahitanku tidak tembus sehingga kesemua enam lapisan, jadi dari sebelah dalam, tak nampak jahitan.
Siap!! Akhirnya, dengan kos RM 20, aku dapat membuat sehingga sepuluh helai training pants untuk Balqis. Jimat!

DIY Training Pants
Langkah 1: Ukur cawat seluar dalam kanak-kanak. (maaf gambar lupa nak pusingkan..)
Langkah 2: Lipatkan kain lampin bayi, seluas ukuran cawat tadi. Lipat sehingga 6 lapisan (lebih pun boleh). Sehelai kain lampin boleh dapat 6-7 keping. Jangan lupa, sematkan jarum peniti agar tidak bergerak.
Langkah 3: Jahit dengan mesin jahit tepi, sekeliling kepingan tadi. Dan tanggalkan jarum peniti..
Langkah 4: Sematkan kepingan pad tadi di bahagian dalam seluar.
Langkah 5: Jahitkan bahagian tengah, dan tanggalkan jarum peniti tadi. Aku tiada mesin jahit, jadi aku jahit dengan jahitan kia dari sebelah luar. Jahitan pula kubuat jarang-jarang supaya boleh kutanggalkan semula selepas Balqis sudah pandai ke tandas nanti..
Jahitanku tidak tembus sehingga kesemua enam lapisan, jadi dari sebelah dalam, tak nampak jahitan.
Siap!! Akhirnya, dengan kos RM 20, aku dapat membuat sehingga sepuluh helai training pants untuk Balqis. Jimat!
Perjalanan pertama, memang perit. Walaupun sudah memakai training pants, Balqis tetap terlepas seperti biasa. Mama, kena banyak bersabar, walaupun, agak kecewa kerana belum berjaya. Istighfar... :)
wahh rajinnye mama balqis jahit training pants :D xpe zaidah, memule memg kena banyak sabar :). yg penting memg balqis dah ready :D -nurul
ReplyDelete