Puasa dan menyusukan
Pagi ni, aku ingin berkongsi pengalaman berpuasa dan menyusukan. Ini tahun kedua aku menyusukan di bulan Ramadhan. Tahun lepas Zakwan baru berusia dua bulan dan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. Tahun ini, Zakwan sudah setahun lebih, dan makan apa sahaja yang dia suka, serta menyusu ibu. Jadi, situasiku tahun lepas lebih genting.
Tahun lepas, aku memang jahil tentang penyusuan ibu, dan aku selalu hampir kalah dengan keadaan. Hampir separuh bulan ramadhan yang lepas, aku tidak berpuasa, kerana dehydration dan kurang susu. Jadi, sebelum menempuh ramadhan kali ini, aku pastikan aku bersiap sedia lebih awal. Aku telah mula mengamalkan makanan tambahan seperti pelbagai vitamin, ESP dari Shaklee, minum soya dan juga makan kurma setiap hari. Alhamdulillah, bekalan Zakwan ke sekolah sentiasa ada. Aku tidak membuat stok sebagaimana ibu-ibu bekerja yang lain. Aku cuma ada stok untuk 2-3hari sahaja. Jadi aku kena pastikan sentiasa mengepam untuk bekalan esok hari.
Alhamdulillah... Buat masa ini Zakwan masih lagi fully breastfed. Tidak perlu membeli susu formula untuknya tiap bulan. Almaklum, anakku yang seorang ini, alah kepada produk yang mengandungi susu lembu.. :-) Dan, aku sentiasa berdoa agar Zakwan dapat terus menyusu sehingga usianya 2 tahun..
Comments
Post a Comment