Gigi jarang

Hari ni terlintas nak berkongsi tentang masalah orthodontics. Setelah Zakwan kini berusia lebih setahun, kedudukan dan susunan giginya lebih jelas kelihatan. Dan yang jelasnya, empat batang gigi bahagian atas ternyata jarang susunannya. Hmmm... Adakah gigi jarang akan berkekalan sehingga gigi kekal tumbuh nanti? Entahlah.. Tak dapat ku jawab persoalan itu. Tapi, antara sebab gigi jarang yang mungkin juga penyebab yang sama bagi Zakwan, adalah sikat rambut. Ya! Sikat rambut!

Sejak dulu lagi, kami sering dengar larangan menyikat rambut anak kecil yang belum tumbuh gigi. Nanti gigi jarang katanya. Tetapi, semasa Zakwan masih kecil, kami menghadapi masalah kerak kepala yang agak serius. Jadi, setiap hari kami menyikat kepalanya dengan menggunakan sedikit minyak kelapa dan juga minyak rambut homeopathy. Alhamdulillah usaha kami membuahkan hasil. Tiada lagi kerak kepala Zakwan.

Tapi, kini, giginya jarang!! Hmmm.. Benarkah disebabkan kami sikat kepalanya dahulu, kini giginya jarang? Wallahu A'lam...

Comments

Popular Posts