Time Out!!
Assalamualaikum, to all parents..
Hari ni, aku nak berkongsi satu tips mendidik anak. Pernah dengar tentang 'time out'? Kalau biasa menonton rancangan Nanny911 di NTV7, mungkin biasa dengan perkataan tu. Sememangnya, sebelum ini rancangan tersebut menjadi kegemaran mama dan daddy.. :) Dan, sememangnya aku selalu mempertikaikan kebenaran rancangan ini. Realiti atau lakonan? Aku pertikaikan kerana setiap kali kanak-kanak membuat kesalahan, ibu bapa disaran memberikan time out kepada kanak-kanak. Caranya mudah, cuma angkat anak dan letak di satu tempat khas untuk didenda. Biasanya di penjuru rumah, dan pastikan ibu bapa boleh nampak anaknya di situ. Yang menjadi kemusykilan ku, boleh ke, nak suruh anak kecil duduk di satu tempat untuk 5 minit? 5 minit adalah masa yang panjang untuk seorang anak kecil! Pasti dia akan bosan dan bangun ke tempat lain. Jawapannya, YA!
Aku takkan berikan jawapan itu, sekiranya tidak ku uji dulu.. Kelmarin, Balqis membuat onar. Sentiasa mencari peluang untuk menyakat adiknya. Kalau setakat sakat, aku tidak kisah, tetapi dia menolak adik yang baru hendak belajar berjalan, sehingga terjatuh. Adik dipukul dan diketuk kepala. Sehinggakan mama dan daddy tak berani nak biarkan mereka berdua bersama. Kelmarin, aku sudah tidak tahan dengan perangai Balqis. Lalu ku angkat dan kuletak dia di sudut bilik. "Balqis! Duduk sini, jangan bangun!" Ringkas arahanku. Tidak kujangka dia akan duduk di situ sehingga cukup lima minit. Sepanjang lima minit itu, sememangnya dia menangis dan meraung, menjerit, "Mama!! Nak Bangun!!" Tetapi dia tetap duduk di situ. Aneh.. Ku fikir, kalau betul dia hendak bangun, bangun sahaja lah. Kenapa dia masih duduk di situ, sambil menangis meminta kebenaran untuk bangun?
Selepas 5 minit, dia mula tenang. Tangisan juga kurang. Selepas lima minit baru lah aku mendekatinya. Dan ku terangkan kenapa dia didenda. Seolah faham, selepas denda lima minit itu, Balqis berbaik dengan adiknya. Alhamdulillah.. Kerana kejadian itu, baru aku bersetuju dengan Nanny 911. Yup, anak kecil itu mampu mengikut arahan. Dan time out itu berkesan.
Walaubagaimanapun, kesan itu jangka pendek. Selepas sejam dua, perangai sama diulang.. Namun, jika ditanya, "Balqis nak kena denda lagi?" Laju dia menggeleng, tak mahu. Akan ku teruskan usaha membuatnya faham kesalahannya itu. Jika konsisten, mungkin berjaya, kan? Kalau berjaya, maknanya time out adalah satu tindakan yang boleh kita cuba praktikkan dalam mendidik anak kita. Kan? :)

Nanny 911 tu bg aku mmg tahi kerbau aje, berlakon semata, plus konon la nak preach kat orang rama supaya takde corporal punishment. Kadangkala kene gak buat, although kene ikut Sunnah la, sedangkan Rasulullah pun suruh rotan (dengan lembut,tangan tak diangkat sehingga nampak ketiak, tidak menggunakan badan yakni dgn alat seperti rotan,tidak merotan dari lutut keatas dan rotan ditapak kaki) bila tak solat selepas umur 7 tahun. sebab rotan, jika dilakukan dengan betul, kesannya jangka panjang. Of course kalau dah sampai mendera tu mmg trauma la, pokoknya sederhana. Yang aku tak suka cara Nanny911 tu semuanya nak berdiplomasi, lama2 anak tak respect kita, panggil dengan nama je.
ReplyDeleteHmm.. pada pendapat aku, Nanny 911 tu, memang ada baik, ada buruknya. Terpulang pada kita samada hendak mengambil iktibar atau meniru gayanya. Tapi, even to them, children calling their parents with their names, are also not good manner. Anak kita, berbalik kepada kita bagaimana cara nak didik. Jangan terlalu berpegang kepada suatu cara, sebab setiap anak berbeza. Kita kena cuba cari cara yang terbaik untuk setiap anak kita. Sbg contoh, rotan anak. Ada setengah anak yang mungkin cepat faham maksud rotan, tapi ada yg lambat nak faham. Jadi, kena cari cara terbaik menangani anak..
ReplyDelete