Aaaarrghhhh!!! KUTU!!!!

Apabila anak kecil kita, kita hantar ke taska, tadika dan kemudian ke sekolah, maka dengan itu anak kita akan terdedah kepada jangkitan kutu kepala daripada kawan-kawan mereka. Secara serius, aku tidak pernah terfikir akan masalah ini. Memang tidak dinafikan, aku juga pernah mengalami masalah ini semasa bersekolah dahulu. Tapi, sudah lama tidak bertemu dengan serangga kecil yang mengganas itu..

Pagi tadi, aku membelek-belek rambut Balqis, ternampak seperti debu-debu putih di kepalanya. Alamak... Apakah itu? Iya, telur kutu! Aduh.... Secara automatik, kepala ku terasa gatal dan miang. Gelinyaaaa... Terus sahaja aku dan suami mengambil keputusan menggunting rambutnya yang kerinting itu, sependek-pendeknya. Sabar ye sayang, tunggu dah besar sikit baru boleh berambut panjang...

Selesai suami menggunting rambutnya, kami bergegas ke farmasi membeli syampu kutu. Ok, malam itu juga ku lumurkan ke kepala Balqis dan balut dengan kain untuk setengah jam. Harap-harap kutu tiada lagi. tapi akan ku ulangi proses syampu itu setiap 3 hari.. (Nasihat daripada makcik Sue...)

Patutlah, 2-3 hari ini aku juga sering kegatalan kulit kepala. Mungkinkah aku juga sudah dijangkiti??? Alamak. Sesiapa yang ada petua untuk masalah ini sangat lah dialu-alukan.... Antara petua yang pernah aku dapati daripada mak sejak kecil:

  1. Ubat kutu, ambil daripada klinik.
  2. Pergi mandi laut, dan pastikan rambut kena air laut. Semasa kecil dahulu, mak selalu bawa kami ke PD untuk selesaikan masalah kutu.
Dua aje cara yang ku tahu.. Mungkin ada ibu bapa yang baik hati di luar sana, hendak membantu?

Comments

Popular Posts