Breast Engorgement
Antara ilmu baru yang ku dapati sejak menyusukan anak, adalah 'breast engorgement' atau mak lebih senang menggelarnya sebagai kebengkakan susu. Ia terjadi kerana produksi susu yang tinggi dalam kantung susu (breast).
Aku sendiri mengalaminya sejak semalam. Breast sangat sakit dan keras, walaupun telah ku cuba pamkan susu dan macam-macam lagi. Akhirnya aku mengalah dan berjumpa dengan doktor. Aku diberi antibiotik dan ubat tahan sakit (ibuprofen). Mak dan doktor ada beri beberapa tips untuk mengelak dan mengatasi masalah ini. Antaranya:

- Sebelum ia berlaku, pastikan anda menyusukan anak anda mengikut rutin. Kadangkala, jika anda tertinggal beberapa sesi penyusuan, boleh mengakibatkan breast engorgement.
- Jangan tunggu sehingga payudara mengeras akibat susu yang banyak. Jika anak anda tidur ketika itu, perahkan susu tersebut dan simpan. Boleh diberikan pada anak bila dia bangun nanti.
- Jika dah terkena (macam aku, hehehe), bolehlah anda cuba petua ini. Tuam bahagian yang keras dengan ais batu. Ia bagus untuk meredakan kesakitan dan mengurangkan kebengkakan. Tapi, jika anda hendak susukan anak, sekitar lima minit sebelum menyusukan hendaklah anda tuamkan dengan air panas, supaya saluran susu tidak tersumbat.
- Petua mak, ambil daun kobis, cuci dan letakkan di dalam nursing bra. Pakai seperti padding, dan nanti sifat sejuk kobis akan memberi kelegaan dan kurang bengkak.
- Petua ibu mertua, ambil sikat rambut kita, bersihkan dahulu.. Kemudian lalukan (sapukan sahaja, jangan sikat kuat2, nanti luka pula kulit anda) sikat di payudara (menghala ke puting). InsyaAllah, saluran yang tersumbat akan terbuka.
- Petua adik, semasa mandi, mandi dengan air panas. Bagus untuk melancarkan pengaliran air susu.
Comments
Post a Comment