Anak kencing merata?

Malam ni, aku berusaha menahan sabar bila Balqis dengan selamba kencing di tepi katil, selepas kami baru sahaja keluar dari bilik air. Puas aku suruh kencing semasa dalam bilik air, akhirnya dia memilih untuk kencing di sebelah katil. Aduh... geramnya. Marah sangat, tangnku laju mencubit betisnya. Patutkah?

Iya, jawapannya.. Memang tak patut. Balqis belum pun berusia 2 tahun. Belum faham perasaan marah mamanya. Menangis sekejap kerana dicubit, kemudian kembali gelak ketawa melihat aku mencuci lantai tempat dia lepaskan air kecilnya tu. Aduh... Sabar ye, Mama..

Pedomannya, jangan biar anak berbogel tanpa diaper (walau sesaat pun), kalau anda belum bersedia mencuci lantai di malam-malam hari..

Comments

Popular Posts