Homeopati vs Natural Supplement?

Terdetik di hati nak berkongsi tentang homeopati dan Shaklee. Jom kita kaji sikit apa manfaaat kedua-dua ni. Kenapa tak bandingkan homeopati dengan perubatan moden? (",) Yang itu, kite cerita lain kali ye... Yang pastinya, ini cuma pandangan peribadi saya, saya bukan doktor.. Cuma pengamal perubatan homeopati, dan sudah pasti pengamal vitamin semulajadi.

Homeopati adalah satu perubatan alternatif yang dah lama wujud. Ia dah digunakan secara meluas di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Eropah. Ia ditemui oleh seorang ahlis sains German, yang terkejut melihat bagaimana konsep homeopati berfungsi. Secara asasnya, homeopati merawat penyakit dengan cara memberikan dos ubat yang sgt kecil, yang membuatkan sistem semulajadi tubuh untuk merawat dirinya sendiri. Dan, biasanya dalam perubatan homeopati, ubat yang diberi adalah terdiri daripada bahan yang menyebabkan penyakit itu sendiri! Contohnya, bagi pesakit yang mengalami masalah elergi, maka dalam perubatan homeopati, sedikit alergen yang menyebabkan elergi itu lah yang akan diberi. والله اءلم

Ok, jom kita sembang tentang natural supplement. Kenapa tak bandingkan dengan supplement sintetik? (",) Sekali lagi, yang itu kisah lain hari.

Sepertimana yang kita pernah baca dalam entri sebelum ini, vitamin semulajadi, terutamanya Shaklee, adalah satu cara lain untuk kekal sihat dan bertenaga. Tubuh kita terdiri daripada berjuta sel yang membentuk organ. Jadi makanan kepada sel tersebut boleh dibekalkan kepada vitamin yang kita makan sehari-hari. Vitamin secara semulajadi wujud dalam setiap menu yang kita makan dalam diet seharian kita. Dalam setiap hidangan kita, kita harus pastikan setiap nutrien penting yang terdapat dalam makanan itu dapat diserap oleh tubuh uintuk membekalkan tenaga yang cukup. 

Jadi, terdapat dua perkara penting dalam diet kita. Pertama, memastikan pengambilan makanan yang seimbang dari segi nutrien yang diambil setiap hari. Pastikan cukup karbohidrat, protein, lemak dan sebagainya. Yang kedua, memastikan semua nutrien tadi dapat diserap dengan baik ke dalam sel tubuh, dan proses penyerapan yang baik inilah yang penting. Ibaratnya, makan banyak khasiat, kalau tubuh tak mahu serap, akhirnya semua tu akan keluar melalui najis. Kan rugi? Akhirnya tubuh jadi sakit sebab tak cukup zat. 

Ok, kenapa bandingkan vitamin semulajadi dengan homeopati? Sebab, setelah menjadi pengamal Shaklee buat tempoh dua tahun, dan pengamal homeopati selama lebih kurang lima tahun, saya ingin kongsikan kebaikan kedua-dua ini dalam memastikan kesihatan tubuh.

Shaklee, sebagai vitamin semulajadi yang terbaik saya pernah temui. Sehinggakan ramai pengamal Shaklee sering cuba merawat penyakit menggunakan vitamin sahaja. Tak perlu juma doktor! Wajarkah? Jawapan saya, Shaklee bukan ubat ye, kawan-kawan... Shaklee ni vitamin semulajadi. Tapi, kadangkala ada penyakit yang kita boleh bantu perbaiki keadaannya, dengan vitamin. Contoh, kalau saya menghidap kencing manis, saya boleh mengamalkan set yang dicadangkan untuk pesakit kencing manis. Ia bukan untuk merawat penyakit itu, tetapi membekalkan vitamin yang cukup bagi sel tubuh kita untuk mengawal kandungan gula yang diserap ke dalam tubuh. Jadi, bagi sesiapa yang makan ubat hospital untuk merawat kencing manis, jangan berhenti secara mendadak. Teruskan ubat doktor, dan cuba tambah dengan vitamin semulajadi. InsyaAllah sistem tubuh akan berfungsi dengan lebih baik untuk mengawal simtom diabetes anda. Begitu juga bagi macam-macam jenis penyakit yang ada di muka bumi ini. 

Bagi perubatan homeopati pula, ia lebih kepada merawat simtom dengan penyebabnya. Contoh, seperti yang saya katakan tadi, elergi dengan alergen. Jadi, sistem tubuh kita merawat penyakit dari dalam. 

Perbandingan yang saya nampak, adalah apabila saya gunakan kedua-dua method ini untuk menangani masalah alergi dan ekzema anak kecil saya. Dengan homeopati, simtom elergi semakin berkurang. Tetapi, pada awalnya, ia seakan menjadi teruk! Malam yang pertama setelah makan ubat homeopati, anak saya kegatalan seluruh tubuh, bagaikan tak henti hingga semalaman saya berjaga menenangkannya. Namun, ia makin berkurang padi hari-hari seterusnya.

Saya cuba gunakan vitamin Shaklee untuk simtom anak ini, apabila saya berikan Omega Guard dan Vitamin C untuk menangani selsema, memang terus nampak kesannya. Dalam sejam, saya akan nampak selsemanya kering dan dia boleh bermain dengan gembira. Mungkin kerana vitamin tadi mudah diserap oleh tubuh, jadi senang la tubuh nak bertindak kepada masalah. Namun, saya perlu beri secara berterusan supaya sistem imun anak kuat untuk menentang virus dan bakteria yang ada di luar sana. :)

Comments

Popular Posts