Demam Viral dan Bawang Putih

Dua minggu lepas, anak mama terpaksa ditahan di wad, sebab demam panas. Doktor kata, 'viral fever'. Sepanjang di wad, Zakwan dimasukkan air melalui IV, antibiotik, dan diberi rawatan PCM bagi meredakan demam, setiap kali suhu meningkat tinggi. Demam kali ini, memang menakutkan mama dan daddy sebab suhu mencecah 40.5 darjah. Dan Zakwan juga diberi nebulizer setiap 4jam, bagi meredakan simtom batuk dan selsemanya.

Daripada pemerhatian mama, yang bukan ada kepakaran perubatan, demam viral tiada ubatnya. Doktor cuma merawat simtom, bukan melawan virus. Antibiotik yang diberi, hanya melawan bakteria yang ada dalam tubuh, dan memastikan simtom disebabkan bakteria dapat dikurangkan. PCM bagi mengawal suhu, dan rawatan2 lain untuk meredakan simtom. Kesimpulannya, terpulang pada tubuh untuk melawan virus yang menyerang. Mama turutkan sahaja semua rawatan tersebut, sebab mama bukan doktor. Tak berani ambil risiko bawa Zakwan pulang dengan demam panas itu.

Daddy tak puas hati, lalu mencari maklumat tentang anti-viral. Alhamdulillah kami ditemukan dengan beberapa rakan yang merawat demam viral sendiri di rumah. Caranya ialah dengan menggunakan bawang putih. Segera kami minta sepupu dan ayah yang berada di rumah untuk sediakan. Pada hari ketiga demamnya, ayah bawakan bawang putih yang sudah dibakar, dan dilenyek dengan minyak masak. Petang tu pula, sepupu mama, Arif dan Atiqah datang bawa bawang putih lagi, kali ini dengan minyak zaitun.

Kami sapukan sedikit minyak pada tapak kaki zakwan, sarung kan dengan setokin, dan letakkan bawang putih dan sarungkan dengan sehelai lagi setokin. Alhamdulillah Zakwan dah kebah.

Jadi, kesimpulan yang dapat mama kongsikan, bawang putih mengandungi anti-viral yang sangat baik. Selepas Zakwan demam, mama juga dijangkiti. Mama juga demam, batuk, selsema teruk dan yang paling menyakitkan adalah infeksi dalam telinga disebabkan oleh selsema. Mama tak sanggup nak guna minyak bawang putih, sepertimana mama lakukan pada anak. Busuk!! :P

Mama ambil jalan pintas yang terbaik, makan sahaja pill Garlic Complex daripada Shaklee. :) Murah, mudah dan tak berbau kuat seperti bawang putih dibakar. :D



Dan sekarang mama dalam proses pemulihan daripada virus-virus yang menyerang. Mama bersyukur kerana kenal Shaklee.

Antara kelebihan Garlic Complex dari Shaklee:

  • Mengandungi Allicin aktif. Tidak semua tablet garlic yang ada di pasaran mengandungi allicin aktif.
  • Merupakan antibiotik yang semulajadi dan selamat,
  • Mengandungi spearmint yang mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
  • Mampu menghalang alergi seperti hidung sensitif, sinus, asthma, selsema dan hepatitis.
  • Formula yang unik mampu mempertingkatkan sistem penghadaman, membantu menangani masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.
  • Sebagai ejen detoksifikasi yang baik.
  • Menurunkan kolestrol dalam darah.
  • Menstabilkan glukos
  • Mencegah kanser
Kalau nak cuba, boleh hubungi mama segera.. KLIK SINI


Popular Posts