Fakta sihat menyusukan anak

Menyusukan anak adalah cara paling sihat untuk membesarkan anak kita, kerana susu ibu telah diketahui secara umum, mengandungi nutrisi lengkap untuk bayi. Susu ibu sangat penting untuk kesihatan, tumbesaran dan perkembangan bayi.


Terlalu banyak kajian telah menunjukkan masalah virus dalam perut, malasah pernafasan, dan juga meningitis kurang menyerang bayi yang menyusu ibu. Ini kerana susu ibu mangandungi sel imunisasi yang natural bagi membentuk antibodi yang melindungi bayi daripada kuman dan penyakit.

Seorang ibu yang menyusukan anaknya sangat memerlukan diet yang sihat bagi memastikan bekalan susu yang cukup dan berkhasiat, di samping si ibu kekal sihat dan bertenaga. Untuk ibu-ibu yang menyusukan, kami sarankan mengambil set lengkap penyusuan ibu, supaya pengalaman menyusukan anak anda sentiasa ceria dan bergaya!! :)

Apa yang anda perlukan?


Multivitamin
 Multivitamin membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh si ibu, yang mana sukar didapati dalam diet seharian kita. Pengambilan vitamin di tahap yang mencukupi, terutamanya vitamin C dan B, membantu penghasilan susu ibu yang cukup berkhasiat di samping meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasa si ibu dan anak.

Vitamin C memainkan perana dalam membantu pembentukan dan pembaikan tisu. Dan ia merupakan keperluan bagi perkembangan bayi.

Vitamin B juga penting bagi manjamin kesihatan sistem saraf si anak. Ia juga penting bagi penghasilan hormon, sel darah merah serta penghasilan tenaga.

Protein
Bayi memerlukan sumber protein yang banyak bagi membantu dan mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan tubuh. Satu sumber protein yang baik adalah protein soya.

Kalsium
Susu ibu mengandungi lebih kurang 40% kalsium. Ia diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat bagi bayi.

Omega-3
Tambahan Omega-3 dalam diet menyusukan anak boleh membantu perkembangan otak dan mata bayi. Telah terbukti, lebih banyak Omega-3 di dalam otak, lebih baik neuron-neuron berhubung.

Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrisi dan vitamin penting seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zinc dan zat besi. Kesemua ini penting bagi tumbesaran bayi yang sihat. Alfalfa juga telah dikenali secara tradisi bagi meningkatkan penghasilan susu ibu (milk-booster).

Comments

Popular Posts