Anak muntah-muntah?

Pabila anak kecil sakit, sememangnya hati ibu sangat merana. Di kala ini, ketika suami sedap berdengkur, si ibu takkan dapat tidur memikirkan keadaan anak.

Sebenarnya aku dalam kerisauan kerana Zakwan sudah berkali-kali muntah sejak pulang dari taska hari ini. Kronologi peristiwa muntah...

Jam 8.30 pm, sekali dalam kereta... Banyak!
Jam 9++pm, sekali lagi di rumah mak. Muka, kaki dan tangan mula pucat... Kami terus ke DEMC.
Jam 10pm, muntah lagi dalam kereta sebelum sempat sampai pintu DEMC.
Selepas itu dia tidur...
Jam 12.30 am, muntah lagi...
Jam 1.00 am, sekali lagi...
Jam 1.30am, sekali lagi...

Buat masa ni, Zakwan nampak tenang dalam tidurnya. Tapi mama tak senang hati hendak tidur, takut dia tersedak muntahnya... :

Inilah hati seorang ibu rupanya. Betapa aku telah banyak menyusahkan hati ibuku sejak kecil. Ya Allah, Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil...

Comments

Popular Posts