Menyusukan anak ketika sakit

Sudah tiga hari, aku diserang cirit-birit, ditambah dengan gastrik yang teruk dan kembung perut yang melampau. Dalam masa yang sama, masih kususukan si kecil Zakwan. Akibatnya, Zakwan turut kembung perut. Muram saja si kecil tu. Tidak seceria biasa. Antara nasihat yang ku terima daripada ibu mertua dan mak:
  1. Baca doa bismillahillazi semasa menyusukan. Aku amalkan semasa menyusukan sambil usap payudara yang disua kepada anak.
  2. Ambil kapur dan pangkah atas payudara sebelum sua kepada anak. Yang ini aku tak buat pula sebab malas nak cari kapur.
Tak banyak yang dapat kulakukan. Sudahnya, Zakwan kembung juga. Tapi takdelah teruk. Dan dia juga makin ceria. Walaupun mamanya masih belum sembuh sepenuhnya.. :/

Comments

Post a Comment

Popular Posts