Amalan ketika breasfeeding

Breastfeeding, atau menyusukan anak sememangnya waktu yang amat berharga. Si ibu mendapat masa sepenuhnya untuk membelek anak pada ketika itu. Terutamanya bagi ibu yang sibuk bekerja. Jadi, manfaatkan masa tersebut sepenuhnya.

Antara amalan yang kuamalkan ketika menyusukan adalah membaca surah Al-Insyirah dan tiupkan ke ubun-ubun anak. Petua ini diberikan oleh Mak Aji (teman mak), supaya anak mendengar kata. Kebetulan pula, pagi ini Balqis menangis-nangis tak mahu ke taska, seperti setiap hari. Cuma pagi ini, mengada-ngada lebih, menangis sambil memelukku, kerana tak mahu ke taska. Puas Daddynya pujuk, tetap tak mahu. Akhirnya, aku bacakan surah Al-Insyirah dan tiup ke ubun-ubunnya. Selepas tu, aku pujuk lembut-lembut. Minta Balqis jadi budak baik dan ikut Daddy ke taska.

Setengah jam kemudian, Daddy telefon, bertanya jampi apa yang Mama baca pada Balqis. Katanya lagi, Balqis pergi ke taska dengan baik sekali. Setelah masuk kereta sehingga ke dalam taska, tidak menangis lagi. Alhamdulillah.. Subhanallah, inilah kebesaran Allah. Ayat yang mudah, Allah bekalkan sebagai doa buat hambanya.

Tips: Kalau anak nakal dan tak mahu dengar kata, cubalah bacakan surah Al-Insyirah dan tiup ubun-ubunya. Dan yang penting niatkan sebagai doa agar anak menjadi anak yang baik.. InsyaAllah...

Comments

Popular Posts